KEMASKINI: MISI BANTUAN BANJIR #KITAKAWAN DI PANTAI TIMUR (KELANTAN & TERENGGANU) 2022

December 31, 2022
Admin Abim

KEMASKINI: MISI BANTUAN BANJIR #KITAKAWAN DI PANTAI TIMUR (KELANTAN DAN TERENGGANU) 2022

Alhamdulillah, gerak kerja Misi Bantuan Banjir #KitaKawan Di Pantai Timur (Kelantan Dan Terengganu) 2022 ABIM Pusat; ABIM Selangor; ABIM Kelantan; ABIM Terengganu; ABIM Pahang; ABIM Pulau Pinang; Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Malaysia for Syria (MFS) Care; Sdri. Farah Lee (pempengaruh media sosial) dan PKPIM ke beberapa kawasan dan daerah di Kelantan dan Terengganu diteruskan dengan jayanya bersama pelbagai pihak.

5 Disember: ABIM Kelantan sampaikan bantuan kepada sebuah keluarga dengan isi rumah seramai 17 orang, yang terputus bekalan makanan kerana ketua keluarga mereka tidak dapat bekerja kampung pada musim tengkujuh.

19 Disember: ABIM Besut telah menghantar roti, biskut dan air mineral ke PPS SK Kampung Bharu dan PPS SMK Alor Peroi.

19 Disember: ABIM Besut telah menerima sumbangan ‘Petrol Water Jet’ daripada GPM, yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua ABIM Terengganu.

19 Disember: Ibu Pejabat Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan yang bertempat di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas telah membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk musibah banjir.

Bilangan keluarga yang berpindah adalah sebanyak 129 orang mangsa yang melibatkan dewasa, warga emas dan kanak-kanak.

20 Disember: ABIM Kelantan dan PKPIM Kelantan telah menyampaikan bantuan kepada mangsa di Melor, selain mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa. Semasa air mulai naik, paras air di kawasan kampus mereka mencapai paras pinggang.

20 Disember: Bantuan turut digerakkan di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2; Melor; dan Islamic Outreach ABIM (IOA) Kok Lanas.

21 Disember: ABIM Kelantan agihkan bantuan banjir kepada 73 mangsa di Tumpat dan Pasir Mas.

22 Disember: Bantuan disampaikan kepada 18 keluarga di beberapa kawasan di Kelantan: Kg. Kajang Sebidang, Kg. Bendang Pakyong, SK Kebakat, Kg. Kebakat, Kg. Kubang Batang, Kg. Talak, Kg. Bendang Luas, dan Kg. Jalan Delima.

22 Disember: Bantuan disampaikan kepada 47 keluarga di beberapa kawasan di Kelantan: Kg. Morak, SK Sri Tumpat 1, Kg. Belukar, Kg. Pauh Banjar, Kg. Jubakar Pantai, Tmn. Seri Bayu, Kg. Chap Meranti, Kg. Ana, Cabang 4 Tok Mek Ngah, Bunohan, Telaga Bata, Kg. Teluk Jering, Kg. Nechang, Pasir Pekan, Kg. Delima, dan Kg. Cabang 4 Bukit.

22 Disember: ABIM Kelantan dan PKPIM Kelantan membuat agihan bantuan di Pasir Mas iaitu di PPS Pohon Buloh dan PPS SMK Pasir Mas.

22 Disember: Bantuan disampaikan kepada 400 pelajar di UnisZA, Terengganu.

22 Disember: Kerja-kerja pembersihan dilakukan di sekitar Sekretariat ABIM Besut, Jalan Mak Sara, Terengganu.

22 Disember: Agihan bantuan dibuat kepada 10 buah keluarga di Hulu Besut, Terengganu.

23 Disember: Kerja-kerja pembersihan dilakukan di sekolah dan masjid sekitar Besut, Terengganu.

24 Disember: Kerja-kerja pembersihan dilakukan di Rumah Penduduk Padang Air, Kuala Nerus.

24 Disember: Bantuan disampaikan kepada 61 penerima di beberapa kawasan di Kelantan: Kg. Bakong, Kg. Cherang Hangus, Rantau Panjang, dan Kg. Buloh Poh.

25 Disember: Bantuan disampaikan kepada 61 penerima di Kelantan: Kg. Kusal, Rantau Panjang.

25 Disember: Kerja-kerja pembersihan dilakukan di rumah-rumah penduduk sekitar Kg. Nyiur dan Duria Mentangau di Besut, Terengganu.

26 Disember: Bantuan disampaikan kepada 44 keluarga di Kelantan: Pasir Puteh, Machang.

26 Disember: Bantuan disampaikan kepada 40 keluarga di Dungun, Terengganu.

26 Disember: Kerja-kerja pembersihan dilakukan di Taman DDI Ceria, Kuala Nerus; Kampung Durian Mentangau, Dungun; dan Paloh Nyiur, Kuala Berang, Terengganu.

27 Disember: Bantuan disampaikan kepada 6 keluarga di Kelantan: Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

27 Disember: Bantuan disampaikan kepada para penduduk di Kg Air Hangat, Hulu Besut, Terengganu.

28 Disember: Bantuan disampaikan kepada 50 keluarga di Kelantan: Taman Gemilang, Rantau Panjang.

28 Disember: Kerja-kerja pembersihan dilakukan di Kg Kusal, Rantau Panjang, Kelantan.

28 Disember: Bantuan disampaikan kepada 40 keluarga di Kelantan: Pasir Putih.

29 Disember: Bantuan disampaikan kepada 70 keluarga di Kelantan: Pasir Mas dan Rantau Panjang.

•••

Klik: tabungbencana.com

atau

Salurkan sumbangan seikhlas hati ke akaun Maybank GPM : 5642-2161-1602

[Rujukan: Banjir]

#KitaKawan #BantuBanjir

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR