Kembara Motorsikal ABIM Tampin – Ambang Hari Belia Negara

May 28, 2023
Admin Abim

KEMBARA MOTORSIKAL ABIM TAMPIN AMBANG HARI BELIA NEGARA

13hb Mei 2023: Alhamdulillah, ABIM Daerah Tampin telah turut serta dalam Kembara Motorsikal Ambang Hari Belia Negara 2023 Peringkat Daerah Tampin anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Tampin dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Tampin serta agensi kerajaan yang berkenaan.

Kembara bermula dari Pejabat Belia dan Sukan daerah Tampin dan tamat di Felda Jelai 1.

Objektif utama kembara ini adalah untuk mempromosikan Sambutan Hari Belia Negara 2023 Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 20-21hb Mei 2023 di Port Dickson yang dirasmikan oleh Perdana Menteri; Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara tempat persinggahan sepanjang kembara tersebut adalah di Petronas Gemencheh, Pasaraya TF Gemas dan Felda Pasir Besar.

Antara agensi kerajaan yang terlibat bagi menjayakan kembara tersebut adalah pihak PDRM, BOMBA, JKR, Majlis Daerah Tampin dan Pejabat Penerangan daerah Tampin.

Dr. Muhammad Iqbal bin Arifin (Yang Dipertua ABIM Tampin) turut serta menunggang motorsikal bersama para peserta kembara yang lain.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR