Kementerian Pendidikan Perlu Holistik Dan Profesional

December 30, 2015
editor-media

29 Disember 2015, Putrajaya:- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersikap Holistik dan Profesional untuk memastikan matlamat pendidikan negara dapat dicapai. Gesaan ini disampaikan Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abd Aziz, dalam pertemuan bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Sri Dr Khair Mohamad Yusof dalam membicarakan isu DLP (Pengajaran Dwi-Bahasa) bersama wakil-wakil pertubuhan yang memperjuangkan Bahasa Melayu.  ‬

1) Setiap reformasi pendidikan yang ingin dibuat harus dipastikan ia benar-benar berkesan bukan separa pasti seperti DLP hingga terpaksa dimulakan dengan sekolah rintis terlebih dahulu (eksperimen). – Finnish Lesson

2) Kementerian harus tegas desak PADU & PEMANDU fokus kepada kerja mereka buat kajian mengapa bahasa Inggeris masih lemah sedangkan di sekolah beratus jam subjem BI diajar.

3) Tugas KPPM adalah memberi nasihat secara profesional kepada Menteri dan bukan hanya mengikut arahan Kabinet dan orang politik

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR