
Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Fazril Salleh telah berkunjung ke Adab Youth Garage (AYG) Bangi, inisiatif pemberdayaan masyarakat melalui penyediaan “ruang” berkegiatan untuk pelajar dan belia. AYG Bangi merupakan prototaip dan model yang membawa kepada pembukaan lapan lagi premis AYG seluruh negeri Selangor.
Solat berjamaah, Mengaji, usrah santai dan study group antara aktiviti rutin yang dijalankan bersulam lepak terkawal yang dilakukan anak-anak muda di AYG.
Kehadiran abang-abang bersama mereka sepanjang aktiviti di AYG membantu membendung perkara tidak berfaedah dari berlaku. Seringkali abang-abang ini menjadi tempat rujukan mereka untuk bertanya pendapat serta pandangan.
Bagi anak-anak ini..
Kemiskinan tiada warna bagi mereka
Warna kulit juga tiada erti yang bermakna
Penting bagi mereka
Ruang untuk bermain
Ruang untuk belajar & Mengaji
Ruang untuk bersosial dengan selamat
Perkongsian rasa didengari
Rintihan dikongsi
Luahan hati diberi simpati
Rutin seharian anak-anak PPR di Garaj Belia Dan AYG. Alhamdulilah konsisten dengan jam operasi kami setakat ini. Bermula dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari memungkinkan seramai mungkin keterlibatan anak-anak ini dalam Pusat kami.
Kami masih memerlukan sukarelawan Dan sumbangan tunai anda. Ayuh semua, kita persiap pemimpin masa depan negara. Bantu kelangsungan operasi kami dengan menyalurkan sumbangan anda ke:-
Akaun RHB Persatuan Adab Gemilang: 2124 57600 25793.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung kami terus di www.wasap.my/60184645926
Subscribe to our channel: https://www.youtube.com/watch?v=GTikR5tGSB0
Find us on Facebook: https://www.facebook.com/adabyouthgarage
Find us on Instagram: https://www.instagram.com/adabyouthgarage
