
Alhamdulillah, bersama keberkatan Ramadhan serta kemuliaan bulan penuh maghfirah ini, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim tampil dalam Program KSSB – Kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM) atau Persatuan Institusi- Institusi Perbankan Islam Malaysia.
Bertempat di Masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Sdr. Raimi merakamkan penghargaan kepada bank-bank terkemuka yang terlibat — BMMB, HLISB, OCBC,
AGRO dan AFFIN ISLAMIC. . Presiden AIBIM, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Redza Shah Abd Wahid turut hadir bersama wakil bank-bank yang dinyatakan. . Sesungguhnya, ini adalah kegembiraan bukan sahaja buat para Asnaf yang menerima agihan KSSB, tetapi juga kegembiraan buat erti kemanusiaan yang sebenar. .
#KejarPahala #KongsiBahagia . Ramadhan adalah ruang untuk kita semua melipat-gandakan amalan serta sumbangan kita; memandangkan Rasulullah SAW sendiri, menjadi sangat pemurah dan dermawan ketika menjalani ibadah puasa. . Ingatlah, prihantinlah terhadap mereka yang memerlukan — pakaian, tempat tinggal, makanan, air bersih, pendidikan, perubatan dan lain-lain. . Bersama-samalah kita mengejar pahala; dan berkongsi bahagia. . . Salam Ramadhan! ? .
