Keretapi Turut Ditenggelami Banjir

December 29, 2014
editor-media

28 Disember 2014:- Tim OPS Prihatin: Bencana Banjir Pantai Timur di ketuai Dr Safwan Mohamad, telah menyampaikan sumbangan berupa bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Kampung Bertam Baru, Jajahan Gua Musang, Kelantan. Hasil daripada tinjauan Tim OPS Prihatin Ke Gua Musang, mereka sempat meninjau keadaan dan persekitaran ke arah merangka misi bantuan di sekitar jajahan tersebut. Antara yang menarik perhatian ialah Tim telah menemui keretapi serta kocnya (gerabak) yang turut ditenggelami banjir.

 

 

 

Untuk keperluan dan sumbangan lain, boleh berhubung terus dengan: 

Sekretariat operasi masih dibuka 24 Jam untuk tujuan pengumpulan sebarang bentuk barangan. Barang Keperluan (Urgent & Penting): Barangan makanan seperti air mineral, beras, sardin, susu tin, gula, mee segera, biskut kering. Sekretariat dibuka 24 jam di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), No. 6 Jalan TC 2A/2 Taman Cemerlang, Gombak. Hotline: 019 293 6300 Zikri: 013 311 7560 ADAB Youth Garage (AYG) No. 15, Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Yasir: 011 2128 2023 Sumbangan kewangan boleh salurkan di: Maybank (ABIM: 564221610116) Anda hulurkan. Kami sampaikan

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR