Keunikan Orang Bajau Laut, mampu menyelam selama 13 minit sambil menahan nafas!

September 26, 2021
editor@abim

Seperti mana yang disebut dalam Surah al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).

Allah Subhanahu wa-Ta’ala turut menegaskan di dalam Surah Ar-Rum, ayat 22, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang mengetahui.”

Allah Subhanahu wa-Ta’ala membuat analogi penciptaan bahasa dan warna kulit yang berbeza itu supaya manusia dapat memikirkan mengenai kekuasaan-Nya.

Terdapat etnik yang cukup unik iaitu Pala’u/Palahu/Nomad Laut (Sea Nomads) atau lebih popular dengan nama Bajau Laut. Secara purata, mereka menghabiskan 60% seharian mereka di bawah laut.

Bajau Laut sebenarnya ada di tiga buah negara: Malaysia, Filipina dan Indonesia. Di mana di Indonesia? Di Sulawesi. Mereka di Indonesia lebih dikenali sebagai Suku Bajo. Kajian terkini (Ilardo et.al, 2018) mendapati mereka sudah hidup beribu-ribu tahun di atas laut, dibuktikan dengan adaptasi biologi dalam badan mereka.

Limpa mereka yang besar berbanding manusia normal – berfungsi sebagai kantung darah merah yang beroksigen. Sebab itulah, mereka boleh menyelam lama berbanding orang biasa, iaitu sekitar 13 minit sehingga kedalaman 70 meter tanpa perlu bernafas!

Ini kurniaan Allah Subhanahu wa-Ta’ala yang wajar dihargai. Tapi di Malaysia, sayangnya komuniti unik ini dipinggirkan.

Sumber: Ustaz Syafiq at-Tauhidi (Ketua Biro Dakwah ABIM).z

#ABIMdiHatiku #SebarkanSalam

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR