Produk / Program

June 24, 2014
editor

PRODUK DAKWAH : MENYUMBANG DEMI KEPERHATINAN UMAT 

[accordion] [acc_item title=” BAITUL RAHMAH“]Bayt Rahmah Pusat Perlindungan Wanita (Bayt Rahmah) adalah antara inisiatif ABIM bagi membantu remaja yang tidak bernasib baik terjebak dalam masalah sosial. Bagi pihak-pihak yang memerlukan bantuan dari sudut ini boleh penghubungi ABIM Pusat untuk dibantu melalui Baitul Rahmah.[/acc_item] [acc_item title=” GRUP PEGUAM ABIM (GPA)“]Grup Peguam ABIM terdiri daripada aktivis ABIM yang merupakan peguam-peguam Civil dan Syariah. Keanggotaan GPA terbuka kepada semua yang berminat dalam isu advokasi, hak asasi manusia, kebebasan dan isu-isu perjuangan masyarakat. Dalam khidmat sosialnya GPA menggerakkan salah satu Modul KAMAR dikenali sebagai BANTU iaitu Klinik Guaman untuk masyarakat. GPA boleh dihubungi melalui Exco Undang-Undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail, no. telefon: 0196162784[/acc_item] [acc_item title=” GRUP ALAM SEKITAR ABIM (GRASS)“]Grup yang sedar bahawa sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan keadilan kepada semua termasuklah alam sekitar, haiwan dan tumbuhan. GRASS Malaysia akan memperjuangakn isu-isu berkaitan alam sekitar selaras dengan Al Quran dan Sunnah. Harapan usaha kerdil ini akan menjadi bekalan di Padang Masyar nanti. Amin [/acc_item] [acc_item title=” ISLAMIC OUTREACH ABIM  (IOA)“]Islamic Outreach ABIM Centre (IOA) merupakan satu agensi ABIM yang mengkhususkan kepada program-program membantu Saudara Baru. Usaha digerakkan bagi meningkatkan usaha pengembangan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam. Usaha meningkatkan kefahaman Islam sebagai agama yang menekankan keamanan dan kemajuan akan dijayakan menerusi pengajuran seminar, penerbitan dan kursus oleh agensi Islamic Outreach ABIM Centre (IOA). Maklumat lanjut layari laman web: www.ioacentre.com [/acc_item] [acc_item title=” MALAYSIA LIFE LINE FOR SYRIA (MLLFS)“]Menggiatkan usaha membantu masyarakat Islam dan dunia yang ditimpa bencana dan krisis kemanusian akibat dari perubahan alam sekitar dan peperangan. ABIM akan membantu menyelaraskan bantuan dalam bentuk kewangan, tenaga sukarelawan, ubat-ubatan dan program pembinaan semula selepas bencana menerusi kerjasama agensi bantuan kemanusiaan seperti Misi Keamanan Sejagat atau Global Peace Mission (GPM).

Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/MLL4S

[/acc_item] [acc_item title=” BIRO KESIHATAN ABIM (BKA)“]Biro Kesihatan ABIM (BKA) menghimpunkan para sukarelawan yang terdiri dari doctor serta para pengamal perubatan. BKA telah menggerakkan pelbagai program seperti Mini Karnival Gaya Hidup Sihat, di samping bantuan pasca bencana alam. [/acc_item] [acc_item title=” HELWA & PEMBANGUNAN KELUARGA“]Helwa & Pembangunan Wanita Memimpin wanita dan keluarga Islam terutama dari kalangan beliawanis di dalam berdepan dengan cabaran kehidupan moden. Program meliputi kursus peningkatan penampilan diri, pembinaan dan pembangunan keluarga menerusi inisiatif Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR) yang sedang digerakkan.[/acc_item] [acc_item title=” INSTITUSI PENDIDIKAN“]Institusi Pendidikan ABIM menggerakkan rangkaian institusi pendidikan di peringkat pra-sekolah (TASKI), sekolah rendah (SERI), menengah (SEMI) di seluruh negara di samping Kolej Dar Al Hikmah (Institusi Pengajian Tinggi), untuk menjayakan Agenda Pendidikan berteraskan Model Pendidikan Al-Hikmah. Maklumat lanjut layari laman web: www.ytp.my 

:: Facebook: https://www.facebook.com/YayasanTakmirPendidikan[/acc_item] [acc_item title=” ABIM GLOBAL“]Sekretariat Antarabangsa ABIM – telah menjalinkan kerjasama dengan rangkaian pertubuhan belia Islam antarabangsa seperti The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW), World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO), dan World Conference on Religion for Peace (WCRP).[/acc_item] [acc_item title=” AKADEMI PENDIDKAN DEMOKRASI & KEWARGANEGARAAN (APDK)“]Akan dikemaskini [/acc_item] [acc_item title=” AKADEMI KAJIAN KETAMADUNAN (AKK)“]Akan dikemaskini[/acc_item] [/accordion]

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR