'Kitab berdarah ini adalah milik guru kami, As-Shahid Shaykh Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti'... - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

‘Kitab berdarah ini adalah milik guru kami, As-Shahid Shaykh Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti’…

Kitab berdarah ini adalah milik guru kami, As-Shahid Shaykh Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti sewaktu sedang beliau mengajar anak muridnya di masjid dan dibom (juga dikatakan ditembak); mengakibatkan beliau terkorban semasa sedang menyampaikan kuliah. Al-Fatihah…

Kata guru kami: “Hati kita ni milik Allah. Bila gelap, mintalah petunjuk Allah. Bila sedih, meluahlah pada Allah. Bila keliru, mintalah bimbingan Allah. Bila sunyi, berkawanlah dengan Allah. Bila gembira, berkongsilah juga dengan Allah. Semuanya Milik Allah.” Subhanallah…

Kredit: Dr. Mohd Izhar Ariff


KOLEKSI SHAYKH AL-BUTI

Assalamualaikum wbt. Bagi peminat-peminat Shaykh al-Buti, berikut adalah 3 judul yang boleh didapati hasil terbitan ABIM Press.

1) Agama dan Cinta https://shopee.com.my/Agama-dan-Cinta-oleh-al-Buti-i.285529252.8895762890

2) Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik https://shopee.com.my/Ketika-Islam-Berubah-Menjadi-Alat-Politik-i.285529252.12334817886

3) Sastera Islami: Retrospeksi dan Visi https://shopee.com.my/Sastera-Islami-Retrospeksi-dan-Visi-i.285529252.13634806575

Judul-judul ini boleh juga dicari dan didapatkan melalui agen-agen kami. Shaykh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti adalah ulama yang tidak asing lagi dalam kesarjanaan Islam kontemporari, yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kami terbitkan tiga karangan beliau yang berbeza, yang mana ketiga-tiga judul ini sudah menggambarkan keluasan renungan beliau, baik dalam bidang sastera, siyasah, bahkan renungan beliau dalam persoalan cinta.

Boleh dapatkannya segera.

#SebarkanSalam #ABIMPress #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti