Konvensyen Islam Al Rahmatun Lil Alamin Semarakkan Era Baru Kebangkitan Islam

November 10, 2015
editor-media

8 November 2015, Bayan Baru, Pulau Pinang:- Rangkaian Wadah-ABIM-PKPIM bersama kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Konvensyen Al Islam Rahmatun Lil Alamin, di Hotel Olive Tree, Bayan Baru, Pulau Pinang. Konvensyen ini merupakan sebahagian daripada “Grand Design” Dakwah yang sedang digerakkan WAP seiring dengan gelombang baru Kebangkitan Islam.

Konvensyen ini telah dihadiri 500 pengunjung serta telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Malik Kassim. Terdahulu pada hari Jumaat, 6 Disember 2015, Timbalan Presiden ABIM, Al-Fadhil Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Konvensyen ini dimulai dengan ucapan daripada YB Malik Kassim.  

Ucaptama konvensyen telah disampaikan oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar Al-Hikmah, yang memugar persepsi segar ke arah memahami konsep Al-Islam Rahmatun Lil Alamin.

[Berita] Dunia Menderita Tanpa Gagasan Rahmatan Lil Alamin:- Dato Dr Siddiq Fadzil.8 November 2015, Pulau Pinang:-…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Monday, 9 November 2015

Ucaptama tersebut disusuli dengan pembentangan oleh barisan panelis muda seperti ahli akademik muda seperti Prof Madya Dr Syed Khairuddin Al-Junied, Dr Mohd Sukki Othman, serta Dr Suhailah Abdullah di samping Presiden ABIM sendiri, Mohamad Raimi Ab Rahim, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha, dan Amidi Abd Manan (Pengerusi Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan).

Konvensyen ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persoalan yang secara uniknya mengundang respon serta pandangan yang tuntas daripada para panelis. Konvensyen ini dipenghujungnya telah mengetengahkan 7 pelan tindakan ke arah merealisasikan gagasan Al-Islam Rahmatun Lil Alamin.

 

KONVENSYEN AL-ISLAM RAHMATUN LIL ALAMIN KEMUKA 7 PELAN TINDAKANBayan Baru | 8 November 2015 bersamaan 26 Muharram…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Wednesday, 11 November 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR