Kunjungan Hormat ABIM-Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Kunjungan Hormat ABIM-Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi

AJKP ABIM mengunjungi Menteri Dalam Negeri YB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi. Kunjungan pada 9 Oktober 2014 jam 5.30 petang di Pej. Menteri, Kementerian Dalam Negeri. Dalam kunjungan tersebut beberapa perkara telah diajukan. Antaranya berkaitan Akta Hasutan, IS di Syiria, kedatangan Ulil Absar ke Malaysia dan isu hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. ABIM juga telah menyampaikan surat bantahan terhadap kehadiran Ulil Absar ke Malaysia berasaskan pandangan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pertukaran pandangan berkaitan isu ekstremisme dalam kalangan generasi muda telah dibincangkan. Ia amat penting, memandangkan ia perlu ditangani dengan pendekatan hikmah dan bijaksana. ABIM mengusulkan agar tindakan memartabatkan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan segera agar insiden Natrah kedua tidak berlaku. Semoga kunjungan ini membuahkan kesejahteraan kepada Malaysia negara yang kita cintai ini. Sejahterakan Malaysia dengan Dakwah. ‪#‎sejahterakanmalaysiadengandakwah‬.