Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah!

September 9, 2021
editor@abim

Rasuah.

Kerana rasuah ini jenayah, ia akan mewujudkan guilt/rasa bersalah dalam diri pelakunya (penerima dan pemberi rasuah).

Penerima dan pemberi rasuah ni akan usaha macam mana pun supaya orang lain beri dan terima rasuah seperti mereka. Jadi, merbahaya dan berjangkit.

Macam wabak dan pandemik yang serius.

Zaman dulu, Saidina Uthman radiAllah anhu, pernah tegur tentang kebolehjangkitan zina dalam masyarakat.

Katanya, ‘Perempuan yang sudah berzina akan suka kalau semua perempuan berzina juga.’ Sama lah rumusnya juga tentang rasuah ini. Naudzubillah, semoga Allah memelihara kita daripada rasuah ini.

Jadilah orang berintegriti. Orang berintegriti BENCI RASUAH. Daripada Abdullah bin Amru, katanya:

Telah bersabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam: Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah (Riwayat Imam Ibnu Majah).

* Perkongsian daripada al-Fadhil Ustaz Syafiq Ismail at-Tauhidi, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat.

#ABIMdiHatiku #RasuahBusters

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo