Legenda All Blacks, Rodney So'oialo latih skuad ragbi 15' negara - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Legenda All Blacks, Rodney So’oialo latih skuad ragbi 15′ negara

Ketua jurulatih skuad Bunga Raya negara Rodney So’oialo, sudah mula turun padang dalam sesi pemilihan skuad kebangsaan baru-baru ini. Rodney merupakan bekas pemain New Zealand All Black yang bermain di Ragbi Piala Dunia dan World Rugby Tri-Nations.

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah melantik bekas kapten New Zealand itu sebagai ketua jurulatih pasukan ragbi 15 sebelah kebangsaan menggantikan Bradley Moni Mika.

So’oialo mempunyai reputasi gah bersama skuad kebangsaan 15 sebelah New Zealand apabila membuat penampilan sebanyak 62 kali dan mengetuai All Blacks antara tahun 2002 sehingga 2009.

Antara pencapaian terbesarnya adalah muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Dunia 7 sebelah pada 2001 dan memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 2002 selain beraksi di pentas Piala Dunia 15 sebelah pada 2003 dan 2007.

Beliau akan menggalas tanggungjawab mempersiapkan pasukan menghadapi kempen Kejohanan Ragbi Asia 2021 membabitkan pasukan negara negara pada 28hb Januari 2022 menentang Hong Kong dan 1hb Februari 2022 bertemu Korea Selatan.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#RagbiPadu #SkuadBungaRaya #DemiLencanaDiDada #DemiMalaysia