LENSA FILEM: BARISAN PELAKON BAKARA

July 13, 2022
editor@abim

LENSA FILEM: BARISAN PELAKON BAKARA

Foto barisan aktor yang terlibat dalam filem Bakara, arahan Adrian Teh. Difahamkan, filem genre aksi ketenteraan ini akan menceritakan tentang peristiwa Black Hawk Down versi Malaysia.

Selain Hairul Azreen antara aktor lain yang terlibat dalam pengambaran filem ini, ialah Shaheizy Sam, Remy Ishak, Bront Palarae dan Alif Satar.

Bakara berlatarbelakangkan kisah perang sebenar yang berlaku di Pasar Bakara di Somalia pada tahun 1993.

Ia mengenai Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi menjaga keamanan, diserang hendap oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid.

Bakara turut memaparkan pasukan tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Pasar Bakara, Somalia.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR