Mahasiswa dan Kepedulian Ummah dalam Malaysia Baharu
9hb Ogos 2018 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah menyampaikan kuliah bertajuk “Mahasiswa dan Kepedulian Ummah dalam Malaysia Baharu”, di Surau Kolej MARA Banting, Bukit Changgang. Beliau menekankan keperluan untuk para mahasiswa untuk cakna dan prihatin terhadap isu serta polemik yang melingkari umat pada hari ini. Hanya dengan kesedaran dan tindakan berani untuk bertindak bagi membawa perubahan yang baik, menurut beliau, akan membentuk jiwa mahasiswa yang tulen dan sejati.