MAJLIS ILMU PERDANA ANWAR IBRAHIM BERSAMA ILMUAN & AHLI AKADEMIK DI SERI PERDANA

December 31, 2022
Admin Abim

MAJLIS ILMU PERDANA ANWAR IBRAHIM BERSAMA ILMUAN & AHLI AKADEMIK DI SERI PERDANA

22hb Disember 2022: Alhamdulillah, para aktivis WADAH-ABIM-PKPIM telah dijemput ke Majlis Ilmu Perdana Anwar Ibrahim Bersama Ilmuan & Ahli Akademik Di Kompleks Seri Perdana (Kediaman Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia).

Turut bersama YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mendengar ucapan daripada wakil Kumpulan 70 Profesor Melayu, Akademi Sains Islam Malaysia dan Institut Darul Ehsan adalah YB Menteri Agama, Dato’ Dr. Naim Mokhtar dan YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek.

DSAI menegaskan peranan penting yang perlu dimainkan oleh para ilmuan dan ahli akademik dalam membentuk negara yang sejahtera. Sikap tuntas dalam menyatakan pendirian yang sejati waima terpaksa menongkah arus menjadi suatu ciri ilmuwan yang disegani.

Beliau juga berhasrat untuk melihat negara terus pulih dan kebajikan rakyat terbela. Pedoman daripada para cerdik pandai di negara ini akan terus dimanfaatkan agar dapat melaksanakan perubahan demi kemaslahatan rakyat yang telah tertangguh sejak sekian lama.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1.

Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR