MAJLIS KONVOKESYEN KE 24 KDH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

June 7, 2022
editor@abim

MAJLIS KONVOKESYEN KE 24 KDH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

4hb Jun 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Konvokesyen ke 24 Kolej Dar al-Hikmah (KDH) di Pusat Konvesyen Bangi (BCC). Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan pimpinan ABIM turut hadir memberikan sokongan.

Kolej ini memberi peluang terbuka kepada warga pelajar dan masyarakat meningkatkan pengentahuan terutama dalam bidang ilmu-ilmu Islam. KDH kini sedang meningkatkan usaha ke arah sebuah universiti. Doa bersama dipermudahkan. Amiin.

KDH menawarkan 7 buah pengajian Diploma iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Diploma Kaunseling, Diploma Psikologi, Diploma Pengajian Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Muamalat serta Diploma Perakaunan. Untuk lanjut, boleh layari info di www.hikmah.edu.my. Tahniah buat para graduan dan terima kasih buat seluruh ibu bapa, pensyarah, kakitangan dan pihak yang menyumbang untuk menjayakan agenda pendidikan Al-Hikmah.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR