MAJLIS MAKAN MALAM SAMBUTAN SATU DEKAD MALAYSIA FOR SYRIA

September 22, 2022
editor@abim

MAJLIS MAKAN MALAM SAMBUTAN SATU DEKAD MALAYSIA FOR SYRIA

17hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Makan Malam Kemanusiaan: “1 Dekad Malaysia for Syria: 1 Dekad Menyantuni Kemanusiaan” Malaysia For Syria (MFS) sempena Muktamar Sanawi ABIM kali ke 51. Turut hadir YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun; Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz; dan Presiden WADAH Pencerdasan Umat, Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman.

Hadir sama, para pempengaruh serta Ikon MFS seperti Dahlia Shazwan, Ahmad Fedtri Yahya, Farah Lee dan Siti Hawa; selain pelbagai NGO dan syarikat yang turut hadir menyumbang. Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Hijjaz dan anak-anak Syria dari Jasmine Ash-Sham Education Centre (JASEC).

Malaysia for Syria (MFS) menyambut sambutan 1 Dekad menggerakkan kerja kemanusiaan membantu rakyat Syria dilanda peperangan sejak 2012 bersama ABIM. Selepas 10 tahun, situasi pelarian dan rakyat Syria semakin terhimpit dan bantuan kemanusiaan semakin berkurangan disebabkan dunia dilanda kemiskinan situasi akibat Covid-19 tidak terkecuali rakyat Malaysia yang juga perlu dibantu.

MFS terus gigih bergerak di bawah kendalian Sdra. Syahrir Azfar Saleh bersama team anak-anak muda yang komited. Bukan sahaja bantuan kemanusiaan namun juga advokasi untuk menghentikan perang yang berlarutan. Tragedi Syria menurut Sheikh Khurayyim Rajih (Qurra’ Syria yang masyhur) sebagai “musibah insaniyyah” dan “musibah diniyyah”.
Moga Malaysia for Syria (MFS) akan terus menyumbang dan membantu masyarakat di Syria yang memerlukan.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MuktamarABIM51

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR