Majlis Peringatan Haul-104 Tahun Almarhum Shaykh Uthman al-Sarawaqi Di Kuching - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Majlis Peringatan Haul-104 Tahun Almarhum Shaykh Uthman al-Sarawaqi Di Kuching

MAJLIS PERINGATAN HAUL-104 TAHUN ALMARHUM SHAYKH ‘UTHMAN AL-SARAWAQI DI KUCHING

25hb Jun 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peringatan Haul-104 Tahun Almarhum al-‘Arif bilLah Shaykh Haji ‘Uthman bin Haji Abd al-Wahhab al-Sarawaqi (1864-1921), ulama besar Nusantara kelahiran Sarawak yang menempa ketinggian ilmu dan adab serta ketika hayatnya dipercayakan sebagai guru di Masjid ‘il-Haram, Makkah.

Program anjuran ABIM dan ANSAB ini diadakan di Masjid Darul Hana, Petra Jaya, Kuching, Sarawak ini turut menampilkan Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz serta Tausiyah Khas oleh YBhg Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin (Mufti Kerajaan Negeri Sarawak).

Teks khutbah Jumaat tentang Shaykh Haji ‘Uthman al-Sarawaqi turut dibaca di seluruh Negeri Sarawak pada 1hb Julai 2022 (Jumaat).

Terdahulu, pada 1hb April 2019 (Isnin), salah satu buku terbitan ABIM PRESS, iaitu “Nafahat al-Ridwan: Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak” tulisan Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM), telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019, sebagai Buku Umum Terbaik (Kategori Terjemahan) sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti