MALAM SERIBU BINTANG PERSATUAN YAYASAN ANDA AKADEMIK (YAA)

September 6, 2022
editor@abim

MALAM SERIBU BINTANG PERSATUAN YAYASAN ANDA AKADEMIK (YAA)

27hb Ogos 2022: Alhamdulillah, telah berlangsung majlis makan malam bersama para Alumni Yayasan Anda Akademik (YAA) di Jalan Conlay. Meski secara zahirnya madrasah ini tidak lagi wujud, namun ia terus meninggalkan bekas yang mendalam kepada setiap jiwa mereka yang bersama membangun, menyubur dan sama melengkapi ruang dan hak pendidikan untuk anak semua bangsa.

Malam berprestij anjuran Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (PAYAAM). Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Program bertujuan mempereratkan silaturahim mantan guru dan pelajar dari ‘batch’ pertama (1971) sehingga ‘batch’ terakhir 2000. Selain makan malam, beberapa momen sebagai selingan kepada hadirin seperti, tayangan video, deklamasi sajak oleh Prof Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan Pengerusi Pengelola DBP.

Penyajak seterusnya Sdra. Harlym Yeo dan Sdri. Thanusya Shanmuganathan (DBP). Penonton juga dihibur oleh persembahan Sani Sudin Kopratasa yang memetik gitar lagu popular seketika dulu, “Masih kah Kau Ingat”. Persembahan teater “Cikgu Itu” pula dilakonkan Group Budaya DBP, mengisahkan kesungguhan guru mendidik pelajar, sehingga ada yang berjaya menjadi profesor.

Tetamu istimewa pada malam itu termasuklah anak-anak asnaf yang menerima sumbangan komputer riba daripada penaja. Majlis berakhir dengan permotongan pulut kuning sempena hari jadi DSAI baru-baru ini.

Sebagai rekod, sekitar 1973-1974, DSAI merupakan Tutor mata pelajaran Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pensyarah untuk subjek ini adalah Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Semasa di Yayasan Anda Akademik, DSAI menjadi Presiden ABIM dari tahun 1972-1982.

Pada zaman itu ramai yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutama kerana faktor kemiskinan. Yuran di YAA adalah minima dan ada yang belajar secara percuma. YAA meletakkan misi ‘Melahirkan Insan Akademis Yang Bertaqwa’. YAA bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Bangunan UDA, Jalan Pantai (berhampiran UM). Di sana juga terletak pejabat ABIM-WAMY. Di bawahnya pula Kedai Makan Pak Amjal.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR