Mangsa Gempa Bumi Ranau Terima Sumbangan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Mangsa Gempa Bumi Ranau Terima Sumbangan

21 Jun 2015, Ranau, Sabah:-Misi Bantuan Kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi dan banjir lumpur di Ranau telah digerakkan. Misi kali ini digerakkan secara bersama dengan projek, Infaq Prihatin, WADAH-ABIM SISMA serta Global Peace Mission (GPM). Agihan sumbangan 150 set sumbangan Sekampit Beras Sekotak Kurma di 7 buah kampung daerah Ranau, sumbangan kepada mangsa gempa Ranau dan agihan 500 bubur lambuk Sungkai di Pedalaman.