Mantan Setiausaha Politik PM, Dato’ Jailani Ngah meninggal dunia

July 21, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Dato’ Jailani Ngah, mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Austria pada 2hb Julai 2022 lepas.

Almarhum antara yang prihatin dengan isu gerakan pelajar dan memberi sokongan terhadap program PKPIM khususnya dalam program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) di UIAM pada 2011.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita sedekahkan al-Fatihah sekudusnya.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR