Masa Hadapan Yang Strategik: Pilihan Yang Rumit Tapi Penting :- Ahmad Naim Jaafar - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Masa Hadapan Yang Strategik: Pilihan Yang Rumit Tapi Penting :- Ahmad Naim Jaafar

29 Oktober 2016, Shah Alam:- Pengasas Foresight Studio, Ahmad Naim Jaafar mengatakan umat Islam perlu mencorak masa hadapan mereka secara strategik untuk berdapatasi dengan dunia yang pantas berubah. “Memilih hadapan masa yang strategik adalah pilihan yang rumit tapi penting,” jelas beliau sambil menambah, “masa hadapan Islam bergantung kepada kualiti Muslim. Dengan jumlah penduduk dunia yang beragama Islam sebanyak 1.6 billion, bermakna sebarang perubahan yang berlaku akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada muslim sejagat, bahkan ia memberi kesan kepada dunia dan manusia keseluruhannya. Hari ini kita perlu membuat keputusan yang rumit tetapi penting berkenaan masa hadapan Islam dan ummatnya. Masa hadapan yang kita pilih perlu memiliki kuasa gandaan yang strategik!” sepertimana yang dipetik dari kertas kerja yang dibentangkan ketika Seminar Masa Depan Kebangkitan Islam, di Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam pada 29 Januari lalu.

Di akhir pembentangan beliau, Saudara Ahmad Naim Jaafar memetik kata-kata Saidina Ali yang berbunyi “Kebatilan yang terancang akan menewaskan kebenaran yang tidak terancang”. Generasi ini perlu beradaptasi dengan dunia yang pantas berubah. Ilmuan teks dan ilmuan konteks perlu digabungkan secara berterusan supaya masa hadapan yang strategik ini akan mengangkat Islam dan ummatnya memimpin dan memberi rahmat kepada kemanusian sejagat.

Tonton video penuh pembentangan Ahmad Naim Jaafar Seperti Di Bawah:-