Masyarakat Melayu Cocos Luaskan Jaringan Dalam Ekonomi & Pendidikan

December 6, 2016
editor-media

5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, hari ini Sekretariat ABIM Pusat menerima kunjungan hormat daripada delegasi komuniti Melayu Cocos (Keeling) Islands Australia dan pimpinan utama Cocos Islands Cooperative Society Ltd. Terdahulu, delegasi ini turut mengunjungi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mereka kini dalam rangka membina jaringan dan meneroka bidang pendidikan, produk Halal serta kewangan Islam untuk dibangunkan bagi masyarakat Melayu Cocos.

Turut serta dalam pertemuan ini adalah Setiausaha Agung, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz serta pimpinan ABIM, Koperasi Belia Islam (KBI) serta Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Terdahulu, Saudara Mohd Shazni Abdullah (kini Ketua Biro Dakwah ABIM), pernah bertugas di Pulau Cocos, Australia dalam misi menyampaikan dakwah di sana. Penduduk Melayu Cocos datang daripada berbagai negeri dari Alam Melayu-Nusantara. Wilayah luar Australia ini terletak 350 km dari pantai selatan Pulau Jawa, 1500 km dari Johor dan sejauh 3000 km dari pantai terdekat

 

 

 

 

di tanah besar Australia.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo