MAULID MUHAMMAD RASULULLAH SAW 1444H, DI KOMPLEKS PENDIDIKAN ABIM KUALA MUDA

October 15, 2022
editor@abim

MAULID MUHAMMAD RASULULLAH SAW 1444H, DI KOMPLEKS PENDIDIKAN ABIM KUALA MUDA

11hb Oktober 2022: Alhamdulillah, Kompleks Pendidikan ABIM Dar Al Maarif, Kuala Muda, Kedah telah menjadi saksi betapa rindu dan kasihnya umat Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam kepada Baginda. Daripada pelbagai lapisan umur bermula dari tua hingga ke anak-anak pewaris agama.

Dengan penyertaan daripada para guru, murid, wakil ABIM serta kehadiran waris yang membantu menyempurnakan majlis. Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga kepada pihak Kompleks dan Seri Al-Maarif.

Majlis disambut dengan perarakan daripada seluruh warga Kompleks Dar Al-Maarif merangkumi penggerak ABIM, TASKI ABIM Kuala Muda dan SERI Al Maarif Sungai Petani yang berarak sepanjang jalan dari Kompleks hingga Ke SMK Sungai Layar.

Seterusnya, Selawat dan Qasidah daripada Maahad Tahfiz Intan serta Tausiah daripada YM Habib Muhammad Al-Mahdaly, Tuan Nur Aizat bin Noor Azam dan Ustaz Mohd Ghazali bin Abu Bakar. Diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi untuk masa akan datang demi membina generasi Khayra Ummah.

Sollu ‘alan Nabi!

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR