Memperingati Ulang Tahun Ke-144 Allama Muhammad Iqbal, Tokoh Besar Dari Pakistan

November 12, 2021
editor@abim

Memperingati Ulang Tahun Ke-144 Allama Muhammad Iqbal, Tokoh Besar Dari Pakistan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperingati ulangtahun ke-144 Almarhum Allama Muhammad Iqbal (9hb November 1877-21hb April 1938). 

Beliau pernah menyinggung, tentang peristiwa mi’raj Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Beliau menegaskan, seandainya Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam itu seorang ahli mistik atau sufi (yang tidak hiraukan masyarakat), tentu beliau tidak ingin kembali ke bumi kerana telah merasa tenteram (kebahagiaan tertinggi) iaitu bertemu Tuhannya dan berada di sisi-Nya.

Namun, Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam kembali ke bumi untuk menggerakkan perubahan sosial, untuk mengubah jalan sejarah umat dunia.


Allama Iqbal merupakan seorang pemuisi, ahli falsafah dan ahli politik yang digambarkan sebagai bapa spiritual Pakistan. Antara karyanya yang popular termasuklah Asrar-e-Khudi, Payam-i-Mashriq, Bang-i-Dara, Bal-i-Jibril, Zarb-i-Kalim dan Armughan-e-Hijaz.

Beliau merupakan tokoh besar Liga Muslim Seluruh India (ALML) yang menyeru kepada penubuhan sebuah negara untuk umat Islam daripada India yang ketika itu dijajah oleh British.

Allama Iqbal sangat terkenal dalam kalangan penutur Bahasa Urdu dan Parsi kerana karya puisinya. Di Iran, beliau dikenali sebagai Iqbāl-e Lāhorī (Iqbal dari Lahore).

Selepas penubuhan negara Pakistan pada 1947, beliau dinamakan sebagai Pemuisi Negara.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Kredit: Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR