Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam 'Alaihassalam - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam ‘Alaihassalam

22hb Januari 2018 (Isnin): Alhamdulillah, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM telah memberi pengisian dalam Program Iltizam Staf kepada para petugas Sekretariat ABIM Pusat dan agensi-agensi Jamaah di Dewan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak. Beliau menekankan berkenaan kepentingan menangani, mengurus dan menghadapi tekanan khususnya ketika di tempat kerja.

Kebelakangan ini, kita digegarkan dengan berita-berita malang lantaran tekanan (depression), kemurungan, kegelisahan (anxiety), dan seumpamanya, yang tak jarang meragut nyawa. Sdr. Raimi turut mengesyorkan kepada semua untuk membeli buku Psikoterapi Rabbani: Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam ‘Alaihassalam, karya Dr. Fawziyah Salih al-Khulayfi dan diterjemah oleh Ustaz Mohammad Syafiq Ismail.

Naskah ini memberi kita gambaran bahawa rawatan bukan sekadar rohani & jasmani, tapi psikologi juga, terdapat di dalam alQuran, buat seluruh insan. Ini bukan buku ruqyah. Tetapi membongkar tips bagaimana menangani ujian-ujian psikologi, agar bisa bertahan dan kembali sihat seperti sediakala, melalui penghayatan kisah Maryam, ibu Nabi Isa ‘Alaihimassalam. Untuk tempahan, sila hubungi 013-3117560 atau http://www.wasap.my/+60133117560