Mengejar Bisikan Bidadari:- Nantikan Di Pasaran! - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Mengejar Bisikan Bidadari:- Nantikan Di Pasaran!

“Perjalanan ini memang perjalanan menuju kematian. Syahid yang diidamkan oleh banyak insan. Setiap yang berlaku tidak menggoyahkan iman. Perjalanan di bumi jihad ini masih panjang. Jika ditakdirkan Allah syahid di bumi ini pun saya telah lama redha iaitu sejak menekadkan diri membuat keputusan menyertai pasukan misi ini.”- Mohd Khairul Anwar Ismail.

Begitulah catatan nurani yang menyentuh jiwa oleh Mohd Khairul Anwar Ismail atau Abu Akhyar Al-Qudsi, seorang anak muda, yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Syria bersama Malaysia Life Line For Syria(MLLFS). Beliau, seorang Exco ABIM yang juga merupakan seorang peguam berkongsi pengalaman pahit manis, suka duka dalam buku sulungnya “Kembara Syria…Mengejar Bisikan Bidadari yang akan berada di pasaran April ini. Insya-Allah.

Buku terbitan Karya Bestari Sdn Bhd setebal 568 halaman dengan harga RM33 ini memaparkan kepahitan, penderitaan, kepayahan, kepedihan dan kesengsaraan rakyat Syria akibat kezaliman dan kekejaman pemerintah mereka. Malah Mohd Khairul Anwar Ismail hampir menjadi mangsa tembakan para snipers yang berhati kering dan tidak berhati perut.

Beliau turut ditangkap dan disoal siasat oleh tentera IS. Untuk mengetahui dan menyelami penderitaan saudara seagama kita di Syria, jangan ketinggalan mendapatkan naskhah istimewa ini pada bulan April nanti di toko-toko buku dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di PWTC yang bermula pada 24 April- 3 Mei 2015 Yang istimewanya, buku Kembara Syria Mengejar Bisikan Bidadari mendapat penghormatan catatan Kata Pengantar oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samaah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.