Mengenang Almarhum Dr. Cezar Adib Majul, Sejarawan Ulung Filipina - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Mengenang Almarhum Dr. Cezar Adib Majul, Sejarawan Ulung Filipina

11hb Oktober 2003 – 11hb Oktober 2021

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperingati kepergian Almarhum Prof. Dr. Cezar Adib Majul, sejarawan ulung Filipina, yang meninggal dunia pada 11hb Oktober 2003.

Beliau dilahirkan di Aparri, Cagayan, Filipina pada 21hb Oktober 1923. Mendapat pendidikan di Universiti Filipina dan Cornell University.

Dari 1961 hingga 1966, beliau menjadi Dekan Kolej Universiti, Universiti Filipina; dan Dekan Kolej Seni dan Sains dari 1969-1971.

Beliau menerima Anugerah Khazanah Republik; Pemenang Utama Pertandingan Biografi Kehidupan Apolinario Mabini pada 1964; dan Anugerah Cendekiawan Cemerlang Universiti Filipina pada 1968.

Dr. Cesar turut membedah pemikiran José Rizal dan Apolinario Mabini, dua sosok reformis utama dalam pembentukan minda rakyat yang merdeka.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah