Menghormati ulama’, mengasihi dan memuliakannya

September 9, 2021
editor@abim

Terjemahan: “Sesiapa yang merendah-rendahkan para ulama’, Akhiratnya akan binasa.” – Imam Abdullah Ibn al-Mubarak rahimahullah. (ruj. Siyar al-Dzahabi).

Iaitu orang yang menghina ulama hakiki, tanpa sebab munasabah, keberkatan hidupnya akan hilang.

Dia sendiri akan merasakannya dulu, kemudian orang sekeliling akan merasakannya juga. Dia akan dinilai hina dalam pandangan orang ramai.

Sebab itu kita ini, dalam mengkritik, tetap mendoakan kebaikan para ulama’ dan asatizah. Boleh jadi satu zallah (kesilapan) nya, diampunkan Allah Subhanahu wa-Ta’ala kerana seribu kebaikannya.

Boleh kritik pandangan dan ideanya, namun elakkan merendahkan peribadinya. Kritik pandangan, berbeza pendapat tidak dikira merendah-rendahkan, selagi tidak terbabit menghina.

Marilah sama-sama kita menghormati ulama’, mengasihi dan memuliakannya.

* Perkongsian daripada al-Fadhil Ustaz Syafiq Ismail at-Tauhidi, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat.

#ABIMdiHatiku #SebarkanSalam

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR