Mentega Terbang: ABIM Gesa Hormati Parameter Sensitiviti Agama

Kenyataan Media ABIM
9hb Mac 2023
MENTEGA TERBANG: ABIM GESA HORMATI PARAMETER SENSITIVITI AGAMA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada filem kontroversi “Mentega Terbang” yang dikatakan menyentuh isu sensitiviti agama dalam masyarakat.
Justeru, ABIM senada dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Hj Mokhtar yang menegaskan bahawa pihak beliau tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat.
ABIM menegaskan, filem yang ditayangkan sejak 2021 itu harus membawa mesej yang jelas untuk mengeratkan perpaduan masyarakat dan tidak menjurus kepada kesan provokasi dan perpecahan.
Dalam pada itu, ABIM juga menyatakan bahawa filem-filem berunsurkan dakwah dan perjuangan seperti filem IMAM perlu diberikan ruang serta dukungan yang lebih luas untuk mengatasi karya berunsurkan perkara yang mengelirukan umat.
Zairudin Hj Hashim, Naib Presiden ABIM.