Mesej Apresiasi – Majlis Makan Malam Legasi Perjuangan ABIM

March 1, 2022
editor@abim

MESEJ APRESIASI – MAJLIS MAKAN MALAM LEGASI PERJUANGAN ABIM

Y.Bhg Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh dan Salam Sejahtera.

Pihak Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg Datuk/Datin/Tuan/Puan di atas kesudian meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam Majlis Makan Malam Legasi Perjuangan pada 26 Februari 2022 / 24 Rejab 1443H yang lalu, di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Sesungguhnya, kami amat berbesar hati di atas kehadiran Y.Bhg Datuk/Datin/Tuan/Puan. Semoga usaha kita semua diberkati Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Mohon maaf juga daripada pihak kami sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara mahupun jika ada kekurangan sepanjang pengendalian majlis ini.

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Bunga dedap di atas para,
Anak kecil pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Panjang umur kita bertemu lagi di kesempatan yang lain, insya Allah.

Terima kasih. Wassalam.


MESSAGE OF APPRECIATION – LEGACY OF ABIM DINNER

Y.Bhg Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh and Salam Sejahtera.

The President and Members of the Working Committee of the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) would like to express their deepest appreciation and thanks to Y.Bhg Datuk/Datin/Tuan/Puan for taking the time to attend the Legacy of ABIM Dinner on the 26th of February 2022 / 24 Rejab 1443H, at Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur – your presence honoured us greatly. May Allah Subhanahu wa-Ta’ala bless our efforts and our collaboration.

We also apologise for any shortcomings during this event and hope you had a pleasant time. We look forward to seeing you again in the future, and wish you the very best. Wassalam.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #SeparuhAbadABIM

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR