Misi Bantuan Banjir ABIM & GPM Di Baling, Kedah

July 13, 2022
editor@abim

MISI BANTUAN BANJIR ABIM & GPM DI BALING, KEDAH

Alhamdulillah, sejak 6hb Julai 2022, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat dan Global Peace Mission (GPM) menjalinkan kerjasama bersama ABIM-ABIM Negeri dan rakan Badan Masyarakat Madani (CSO) lain bagi menggerakkan misi bantuan banjir di beberapa lokasi di Baling, Kedah. Skuad bantuan ABIM Pusat dan GPM dilepaskan oleh Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu sesi ringkas di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Taman Cemerlang, Gombak.

Misi dijalankan dengan kerjasama erat daripada ABIM Kedah, ABIM Perlis, ABIM Pulau Pinang, PKPIM Zon Utara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yayasan Sultanah Bahiyah, Persatuan Ulamak Kedah, Peduli Insan, Aspirasi, Salwa, Wadah, Muhsinin Utara, Madrasah Mustafawiyah, Aspirasi Peduli Ummah, THB maintainences, MPSPK dan Iman Ikhlas Sdn Bhd.

Antaranya kawasan yang disantuni adalah kediaman para penduduk kampung di Kupang; khususnya di Kampung Sadek dan Kampung Hangus, selain Yayasan Khairiah.

Dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Baling, antara aktiviti yang dijalankan adalah mencuci rumah, mencuci jalan, mengedar barangan seperti lampin dan makanan kering, mengedar makanan serta air minuman dan lain-lain.

3 ekor haiwan korban juga telah disembelih di Masjid Kampung Sadek, Kupang dan tambahan 8 unit peha lembu (sumbangan daripada ABIM Kedah) telah selesai diagihkan kepada warga di sekitar perkampungan tersebut.

Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong. Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.

Ayuh kita sama-sama menyumbang dan menghulurkan bantuan buat mereka yang diuji.

Hulurkan tangan, ringankan beban. Alhamdulillah, syukran. Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM.

•••

KEDAH MENANGIS. Jom bantu sikit seorang. Seorang RM1 pun tak apa, janji kita bantu seikhlas hati.

🏦 TABUNG AMANAH DAKWAH

Akaun Bank Islam = 02011010061452

💜 https://www.billplz.com/TabungAmanahDakwah

Klik: https://www.facebook.com/abimkedah

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR