Mujahid NowSeeHeart meninggal dunia di Bandung

June 19, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah bekas anggota kumpulan nasyid NowSeeHeart, Almarhum Mujahid Abdul Wahab di Bandung, Indonesia pada 17hb Jun 2022 lepas.

Almarhum aktif bersama NowSeeHeart sejak 1995 hingga 2015. Sebelum ini, Almarhum pernah bertugas sebagai Artis & Repertoire, Universal Music Malaysia dan menjadi pemilik Rumpun Records. Sdra. Mujahid juga merupakan anak kepada Almarhum Ustaz Abdul Wahab Zakaria, tokoh pendakwah di Pahang dan antara aktivis awal ABIM.

Terdahulu, vokalis NowSeeHeart, Almarhum Firdaus Baharuddin (Bob) meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sakit lemah jantung pada Mac 2014 lalu.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR