MUKTAMAR ABIM MELAKA KE-49, DI HOTEL KOBEMAS, AYER KEROH - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

MUKTAMAR ABIM MELAKA KE-49, DI HOTEL KOBEMAS, AYER KEROH

MUKTAMAR ABIM MELAKA KE-49, DI HOTEL KOBEMAS, AYER KEROH

31hb Ogos 2022 (Rabu): Alhamdulillah, bertempat Hotel KOBEMAS, Ayer Keroh, telah berlangsung Muktamar Sanawi ABIM Negeri Melaka Ke-49. Muktamar ini juga telah menyaksikan pertukaran pimpinan ABIM Melaka bagi sesi 2022-2024, di mana Dr. Nurishaq bin Mohd Fauzi telah dilantik menjadi Yang Dipertua ABIM Melaka menggantikan Ir Ts Hj Mohammad ‘Afif bin Kasno.

Setiausaha Agung ABIM, Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh tampil dalam Muktamar kali ini. Mohon sama-sama kita doakan dan berikan sokongan kepada pimpinan baru ABIM Melaka sesi 2022-2024 untuk terus menggerakkan dan mengangkat Misi Taghyiri (kesejahteraan manusia sebagai hamba Allah), Misi Tahriri (pembebasan dari menjadi hamba selain Allah), Misi Tanwiri (pencerahan ummat) serta gerakan Ilmu dan Bakti di Negeri Melaka.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti