
10 Mei 2025, Cheras: Warga rangkaian agensi WADAH-ABIM-PKPIM telah menzahirkan apresiasi istimewa buat Dato’ Haji Ahmad Azam Abdul Rahman di atas khidmat baktinya sempena Multaqa Petugas Jamaah baru-baru ini.
Beliau yang telah berkhidmat sepenuh masa selama lebih tiga puluh tahun bermula sejak di ABIM sehingga ke WADAH.
Dato’ Haji Ahmad Azam Abdul Rahman ialah Presiden (1997-2005) dan sebelumnya Setiausaha Agung (1993-1997) ABIM.
Turut mendapat pengiktirafan ini adalah Tuan Halimi Abdul Hamid yang memulakan khidmat sepenuh masanya di Sekretariat ABIM Pusat.
Beliau juga telah bertugas selama lebih tiga puluh tahun.
Selain mengiktiraf petugas yang telah berkhidmat selama 30, 20 serta 10 tahun, Multaqa Petugas Jamaah kali ini juga turut mengiktiraf kecemerlangan warga WADAH-ABIM-PKPIM dalam pelbagai lapangan dakwah.
Acara tahunan ini telah dianjurkan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Kuala Lumpur, menghimpunkan petugas di Sekretariat ABIM Pusat, Sekretariat Wadah Pusat, PKPIM, Global Peace Mission Malaysia, Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Kolej Dar Al-Hikmah, Pendidikan Takmir ABIM, Seri dan Semi Sungai Ramal, Seri Al-Huda, serta Taski-Sri Al-Firdaus.
