Musnid Ustaz Muhammad Zaidi bin Abdullah, Filosof Tak Didendang

June 19, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Musnid Malizi Ustaz Muhammad Zaidi bin Abdullah al-Shah Alami pada 18hb Jun 2022 yang lalu.

Almarhum merupakan Ulama’ mastur yang masyhur dengan sanad ulama’ Melayu, musalsalat dan sanad sanad keilmuan yang pelbagai. Insan istimewa yang diberi izin oleh Almarhum Tuan Guru Abdullah Lubuk Tapah untuk mengumpulkan sanad-sanadnya. Kehebatan beliau turut dirujuk oleh pensyarah universiti di dalam Malaysia bahkan luar negara.

Beliau merupakan ilmuwan pondok yang menceburi bidang falsafah, khususnya Falsafah Sains. Almarhum dikenali sebagai seorang yang amat menitikberatkan turath (koleksi karya klasik) dan juga tradisi sanad yang menjadi tunjang kepada pengajian Islam secara tradisional.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR