Muzakarah Bersama Mufti Menk Di Seri Perdana, Putrajaya - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Muzakarah Bersama Mufti Menk Di Seri Perdana, Putrajaya

MUZAKARAH BERSAMA MUFTI MENK DI SERI PERDANA, PUTRAJAYA

21hb Mei 2023: Alhamdulillah, aktivis WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) telah berpeluang bersama dengan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan isteri, YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan Shaykh Mufti Ismail Menk (Mufti Besar Zimbabwe); Shaykh Muhammad Salah dari Huda TV (Amerika Syarikat); dan Shaykh Wael Ibrahim dari The Aware Academy (Australia).

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Siddiq; Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato’ Setia Dr. Na’im dan tokoh-tokoh ilmuan agama tempatan. DSAI dan hadirin mengambil peluang bermuzakarah bersama Mufti menyentuh beberapa ittijahat (jalur pemikiran) umat semasa.

Pelbagai isu umat semasa dibincangkan dan DSAI menyatakan komitmen Malaysia bagi menangani Islamofobia. DSAI juga terharu akan rasa senang Mufti Menk dan rombongan sepanjang berada di Malaysia dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan para ilmuan ke negara ini.

Berpeluang mendengar bicara oleh Mufti Menk yang mempunyai jutaan peminat seluruh dunia. Pengalaman beliau diancam bunuh kerana berbeza pandangan dengan ulama lain antara yang menarik dalam perbincangan.

Beliau menceritakan, pada mulanya tidak memahami mengapa sampai begitu sekali kebencian ulama dan pengikutnya terhadap beliau sehingga diugut bunuh. Setelah diselidik, rupanya ulama tersebut kehilangan ramai pengikut termasuk pemberi dana kerana tertarik dengan pendekatan keilmuan Mufti Menk.

Benar, perbezaan pandangan yang disaluti kebencian sememangnya mempunyai maksud tersirat berkait kesenangan dunia dan hasad dengki.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Sertai ABIM, klik ‘Daftar Sekarang’ di sini: https://app.myabim.my/login

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti