Naib Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

October 14, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah – Naib Ketua Pemuda Amanah, Almarhum Muhamad Fadzil Ahmad pada pukul 1:15 pagi, 2hb Oktober 2022 lalu.

Almarhum yang dipercayai mengalami komplikasi jantung sehingga membawa maut meninggalkan isteri dan lima anak.
Beliau merupakan seorang peguam muda yang sangat dedikasi dan tokoh muda yang berwawasan.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR