UCAPAN TAHNIAH
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan syabas kepada penjaga gol wanita negara, Nurul Azurin Mazlan, 21 tahun yang berjaya dinobat sebagai penjaga gol terbaik di Karnataka Women’s League (India) bagi musim 2021-2022 dan membantu pasukannya, Misaka United FC menamatkan liga sebagai naib juara.
Beliau merupakan Olahragawati Terbaik bagi Sukan Bola Sepak dalam Majlis Graduasi dan Apresiasi Atlet Murid Cemerlang Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) 2017; juga Pemain Wanita Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2015 dan 2018.
Difahamkan Misaka United sedang menanti persekutuan bola sepak India (AIFF) untuk menentukan sama ada mereka layak untuk beraksi di liga utama wanita di sana, Indian Women’s League.
Semoga ada rezeki buat Azurin, insya Allah!
Dua lagi pemain wanita negara yang berkelana di liga luar adalah Celine Chuang (16 Tahun) pemain sayap skuad B-17 Bayern Munich, Jerman dan Berlin Leong (19 Tahun) pemain tengah CF Pozuelo, Sepanyol.
#DemiMalaysia #BangkitBersama