Pandora Papers: ABIM Desak Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Nilai Harta Dan Sumber Aset Kepada Umum - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pandora Papers: ABIM Desak Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Nilai Harta Dan Sumber Aset Kepada Umum

Kenyataan Media
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
15 Oktober 2021 / 8 Rabiul Awal 1443 H

PANDORA PAPERS: ABIM DESAK WAJIBKAN AHLI PARLIMEN ISYTIHAR NILAI HARTA DAN SUMBER ASET KEPADA UMUM.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat pendedahan Pandora papers yang dibuat oleh media antarabangsa baru-baru ini. Pendedahan ini menarik perhatian rakyat Malaysia kerana ia mengaitkan beberapa tokoh politik negara ini yang dikatakan mempunyai kepentingan kewangan peribadi di akaun pesisir pantai dan negara luar.

Atas sebab itu, ABIM merasakan desakan menerusi usul yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, agar pendedahan ini dibahaskan di Parlimen adalah tepat memandangkan ia membabitkan ketelusan dan integriti dalam kalangan ahli politik khususnya mereka yang pada masa kini menjawat tugasan penting dalam pentadbiran pada ketika ini.

Perbahasan menerusi usul khusus mesti didahulukan agar proses semak dan imbang dapat dilaksanakan secara menyeluruh menerusi mekanisme rasmi sidang Parlimen kerana ia membabitkan kebertanggungjawaban terhadap kepentingan rakyat.

Apatah lagi media antarabangsa, International Consortium of Investigative Journalist (ICIJ), turut melaporkan bahawa Pandora Papers juga mengaitkan firma Baker Mckenzie dengan Jho Low yang terlibat dengan skandal kewangan 1MDB yang memalukan maruah rakyat Malaysia di pentas antarabangsa.

Atas dasar tersebut, ABIM menggesa perlu ada rang undang-undang yang mewajibkan setiap pemimpin negara mengistiyharkan nilai wang serta aset yang dimiliki mereka baik yang ada di dalam serta luar negara. Rang undang-undang ini juga perlu mewajibkan setiap pemimpin negara berkenaan menjelaskan sumber serta bagaimana aset-aset ini dikumpulkan.

Rakyat perlu terus menyuarakan keprihatinan mereka dengan tuntutan agar pendedahan Pandora Papers perlu dibahaskan secara terbuka semasa sidang rasmi Parlimen dan disiasat menerusi mekanisme perundangan rasmi.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

#RasuahBusters #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Liputan media:

https://malaysiagazette.com/2021/10/16/pandora-papers-abim-desak-wajibkan-ahli-parlimen-isytihar-harta/;

https://www.malaysiakini.com/news/595598;

https://www.malaysiakini.com/news/595590;

https://malaysiapost.com.my/2021/10/15/abim-gesa-ruu-untuk-ahli-parlimen-isytihar-harta-aset/;

https://www.getaran.my/artikel/semasa/13148/pemimpin-negara-perlu-diwajib-isytihar-aset-abim;

https://mykmu.net/2021/10/16/kertas-pandora-abim-gesa-ruu-wajibkan-pemimpin-negara-isytihar-aset/.