Pelakon Aripah Damanhuri meninggal dunia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pelakon Aripah Damanhuri meninggal dunia

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah pelakon veteran, Almarhumah Aripah Damanhuri pada 31 Mei 2022 lalu.

Almarhumah yang berusia 73 tahun difahamkan menerima rawatan di HKL kerana jangkitan kuman pada paru-paru, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Taman Batu Muda.

Beliau pernah membintangi filem Senario XX dan berlakon dalam drama Gerak Khas. Almarhumah yang juga kakak kepada aktres Normah Damanhuri, bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak 1980.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhumah. Semoga Allah Subhanahu wa-Taโ€™ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah