Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah – Pelakon veteran, Almarhum Hisham Ahmad Tajudin yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4:30, 12hb Oktober 2022 lalu.

Almarhum meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Beliau merupakan antara pelakon tanah air yang sangat dihormati.

Sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, Almarhum membintangi banyak filem antaranya filem Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988) selain drama-drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah