Pelancaran Buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda”

April 12, 2019
editor-media

Alhamdulillah, buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda” selamat diluncurkan oleh dua orang puteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Nurul Izzah dan Nurul Ilham. Dato’ Seri Anwar Ibrahim lebih dikenali sebagai seorang pemimpin politik, tetapi tidak ramai mengenali beliau sebagai pemimpin gerakan dakwah. Beliau adalah mantan presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga pernah mengemudi Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Presiden.

Ini adalah sejarah zaman muda beliau dalam arena dakwah dan kepemudaan. Beliau juga adalah tokoh membaca yang sejak memimpin ABIM telah mengemudi gerakan dakwah terbesar ini dengan asas intelektual, yang menjadi tradisi ABIM sehingga ke hari ini. Buku ini adalah dedikasi kepada perjuangan beliau, untuk melihat beliau selain daripada naratif politik. Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis peluncuran pagi tadi. Sambutan luar biasa.

Kami memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan. Ada yang menunggu seawal pagi dari Kuantan Pahang, Melaka, Johor, Kedah dan seluruh pelusuk negara.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR