Pemimpin Pelbagai Agama Berkongsi Perspektif Mengenai Puasa

June 30, 2015
editor-media

Ramadhan, Peluang Tingkat Keharmonian Agama

25 Jun 2015:- Bagi kumpulan Friendship Group of Interfaith Services (FGIS), bulan Ramadhan adalah peluang untuk merapatkan persefahaman dan berdakwah untuk keharmonian agama. Malam tadi, kumpulan itu mengadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh kumpulan agama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Sebelum majlis berbuka puasa itu, wakil-wakil pelbagai kumpulan agama bergilir bercakap mengenai amalan berpuasa dari perspektif agama masing-masing. Sri Saranankara (atas, berpakaian oren), pemimpin dari Sentul Sri Lanka Buddha Temple, berkata majlis antara agama seperti ini sangat penting bagi negara ini kerana ia adalah peluang untuk menggalakkan keharmonian agama.

Seorang lagi penceramah di majlis itu dari Abim, Sayyid Hussain turut bersetuju dengan sentimen Sri Saranankara itu. Menurutnya, tidak ada agama di dunia yang menggalakkan keganasan. Sayyid, seorang pendakwah, berkata rakyat pelbagai agama boleh hidup bersama kerana semua agama percaya dalam memupuk keamanan dan keharmonian.

Pengasas bersama FGIS, Billy Fong berkata kumpulan itu menganjurkan pelbagai acara antara agama yang sama sebelum ini, seperti drama, kem belia dan malah orkestra antara agama yang membuat persembahan sekurang-kurangnya sekali setahun. “Adalah baik bagi penganut berlainan agama untuk mengenali antara satu sama lain. Malaysia memerlukan lebih banyak interaksi antara agama,” katanya. Sumber Malaysia Kini

 

 

 

Majlis berbuka puasa FGIS ajuran ABIM bersama Imam Besar Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya

Posted by FGIS – Friendship Group on Thursday, 25 June 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo