Penarikan Semula Kes Kalimah Allah: Pihak Berkuasa Perlu Beri Penjelasan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Penarikan Semula Kes Kalimah Allah: Pihak Berkuasa Perlu Beri Penjelasan

Kenyataan Media

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

15 Mei 2022 / 24 Syawal 1444H

PENARIKAN SEMULA KES KALIMAH ALLAH: PIHAK BERKUASA PERLU BERI PENJELASAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada keputusan penarikan semula rayuan kes berkaitan penggunaan kalimah Allah bertarikh 18 April 2023 oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

ABIM menegaskan keputusan yang dibuat ini adalah sesuatu yang besar kerana ia melibatkan isu kepentingan awam dan pertikaian yang menyentuh isu sensitif yang berpanjangan.

Justeru, ABIM memohon penjelasan dari pihak berkaitan berhubung perkara ini.

ABIM juga berpandangan memandangkan proses Mahkamah belum berakhir, sewajarnya isu ini diserahkan kepada peringkat Mahkamah tertinggi dalam negara untuk dimuktamadkan.

Muhammad Faisal Abdul Aziz

Presiden

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti