Penerangan Cakna Syria Diteruskan DI Jitra, Kedah

January 10, 2017
editor-media

7hb Januari 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta Exco ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim (Che Din) telah membuat pengisian dalam Ceramah Kemanusiaan Syria, di Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13 1/2, Jitra, Kedah.

Mengangkat tajuk “Syria: Air Mata dan Perjuangan”; Saudara Zairudin menyingkap sejarah hebat bumi Syam, yang didoakan keberkatannya, dalam Al-Quran dan Hadith. Beliau turut menyeru kepada masyarakat untuk menyumbang kepada rakyat dan pelarian Syria menerusi NGO Malaysian Life Line for Syria, sebuah agensi kemanusiaan ABIM.

Saudara Raimi pula memfokus kepada situasi terkini di Syria, yang meskipun sedang berlaku gencatan senjata, berada dalam keadaan yang meruncing dan bergolak. Beliau menegaskan bahawa semua Umat Islam mesti mesti membantu Syria menerusi dalam bentuk kewangan. Hal ini penting, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan seperti kit musim sejuk, makanan, air bersih, perubatan serta dana persekolahan dapat disalurkan buat saudara Syria kita. Malaysian Life Line for Syria turut mempunyai sekolah pelarian Syria, Jasmine Ash Sham Education Centre, yang beroperasi di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR