Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B Malaysia Meninggal Dunia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B Malaysia Meninggal Dunia

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Almarhum Azmir Dato’ Hj Zainal Abidin, Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B Malaysia dan Yang Dipertua Majlis Gabungan Belia Mersing, yang meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat tekanan darah tinggi pada 20hb Oktober 2021 lalu.

Almarhum, yang merupakan anak sulung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Endau dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Dato’ Zainal Abidin Osman, turut memegang beberapa jawatan lain termasuk Penolong Setiausaha Pemuda Umno Johor, dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Mersing.

Almarhum meninggalkan isteri dan dua anak perempuan, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, Johor Bahru.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah