Pengurusan Diri Yang Efektif Jamin Kelestarian Perjuangan:- Amidi Abd Manan

August 19, 2015
editor-media

16 Ogos 2015, Kuantan;- Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, memperingatkan para kepimpinan muda ABIM Negeri Pahang agar mengutamakan pengurusan diri yang efektif. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ijtima’ Harakiy Peringkat Negeri Pahang 2015 melibatkan WADAH Pahang, Abim Pahang, dan Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) untuk tahun ini. Pengurusan diri yang efektif ini menurut beliau meliputi pengurusan masa kerana para pimpinan perlu meseimbangkan antara masa untuk kerjaya, urusan gerakan dan keluarga.

“Pengurusan diri yang efektif amat penting untuk menjamin kelestarian perjuangan. Kita tidak menafikan banyak masa yang perlu dimanfaatkan untuk menguruskan kelancaran organisasi (ABIM Negeri Pahang) di sebalik kesibukan kerjaya harian. Namun begitu kita perlu seimbangkan juga dengan masa untuk bersama dengan keluarga kerana mereka juga mempunyai hak ke atas kita,” pesan Amidi yang pernah memimpin ABIM Negeri Pahang selaku Yang Di Pertua sebelum dipimpin oleh Saudara Muhammad Hisyamuddin Baharudin mulai tahun 2009.

Terdahulu pada hari sabtu (15 Ogos 2015) dimulakan dengan Jamuan Hari Raya bersama warga Rohingya Education Centre (REC) Kuantan, Forum santai WAPI bertemakan “Memperkukuh Wehdatul Fikr Bertunjangkan Tarbiyyah Rabbaniyyah” pada sebelah petang, dan perkongsian daripada Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman pada sebelah malam. Pada 16 Ogos 2015 (Ahad) Ijtima’ Harakiy Peringkat Negeri Pahang 2015 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam selaku Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR