PENUTUPAN MASJID AL-AQSA: PENCABULAN HAK BERIBADAH DAN UJIAN TERHADAP KREDIBILITI DUNIA

March 17, 2026
firdaus Abim
  1. Pembukaan segera Masjid Al-Aqsa tanpa sebarang sekatan terhadap umat Islam untuk beribadah.
  2. Tindakan konkrit oleh komuniti antarabangsa, termasuk tekanan diplomatik dan mekanisme undang-undang antarabangsa, bagi menghentikan pelanggaran berterusan ini.
  3. Kesatuan lebih kukuh dalam kalangan negara-negara Islam untuk mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa dan hak rakyat Palestin.
    ABIM menegaskan bahawa mempertahankan Masjid Al-Aqsa bukan hanya tanggungjawab umat Islam, tetapi juga tanggungjawab semua pihak yang menjunjung nilai keadilan dan maruah kemanusiaan.
    Kepada umat Islam di Palestin yang menyambut Aidilfitri dalam keadaan penuh ujian dan sekatan, ABIM merakamkan solidariti yang tidak berbelah bahagi. Ketabahan dan keimanan kalian adalah lambang kekuatan yang tidak akan mampu dipadamkan oleh sebarang bentuk penindasan.
    ABIM menegaskan bahawa keadilan tidak boleh ditangguhkan dan kebebasan beribadah tidak boleh dikompromi. Sejarah tidak akan berpihak kepada mereka yang memilih untuk berdiam diri ketika kezaliman berlaku.
    β€œMenegakkan Kebenaran dan Keadilan”
    Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
    Presiden
    Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo